mimpi Rasulullah S.A.W
3:51 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.


Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.


2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.


3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka

segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
"Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya," lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.


12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
"Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari."

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: "Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu."
~...Cinta Vs Maksiat..~
3:58 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
Maaf dipinta sekiranya saya terkasar bahasa...tetapi mungkin inilah ubat ubat mereka yang sukar menjauhkan diri dari cinta manusia.....

Hasil drpd berCOUPLE:
  1. Seronok dapat fitnah orang sekeliling (baik dapat pujian orang)

  2. dapat geng dgn syaitan(kwn yg beriman kan ada..)

  3. dapat meluahkan masalah(ALLAH kan ada..)

  4. dapat menghabiskan duit untuk beli prepaid dan hadiah utk couple(lebih baik bg sdekah)

  5. selalu risau..takut awek kna kbas kat org lain..(smpai tertinggal solat,dok asyik trmenung)

  6. asyik termnung dan tersnyum sorang2...cuz tringat knangan indah ngan awek...(spatutnya igtkan mati kerna ia dtg pd bla2 msa je...)

  7. lbih utamakn awek drpd org lain hatta saudara sendiri...(ALLAH laknat tak takut pulak...)

  8. tepati masa dan janji..yela,tkut awek marah@ benci pulak...(tinggal solat tak takut pulak)

Berdasarkan pngalamn dan kjian sy,antra sbab2 yg mnjd PENDORONG cinta ialah:



  1. Sekolah/pusat pengajian yang mncmpurkn plajar lelaki dgn perempuan..maka bila dah bertentangan mata..mulalah..jauhilah sesuatu tmpat yg mncmpurkan lelaki dgn prempuan..

  2. Kerana kwn2 kta couple,kta pun nk couple jgk...knapa kta tgk org yg beriman,kta tak rasa pun nk jd org beriman....???

  3. Krn mnganggap prsaan cnta adlah fitrah mnusia...tapi knapa kta tak fikir bgaimana orang lain boleh bersabar dgn fitrah cinta itu....kalau mngatakan ianya fitrah,gunalah pda tmpat yg halal...kahwin jela...

  4. Semakin rmai perempuan yg tak tutup aurat...kalu tutup aurat pun,yg lainnya tak dijaga....percakapan,perbuatan..sampai boleh main cubit2 dengan lelaki pulak tu...tak cayer cuba pgi tgk kt KL...

  5. Kerana rsa bangga kalau couple.klau xcouple,rs hati tu kosong je....bla dh couple,blhla tnjuk kt kwn2..mnusia ni EGO tak bertempat...(knapa kta tak nak bangga kalau dpt jd seorg yg beriman pd ALLAH??yang mnjdikn ALLAH adalah cintanya...)

  6. Perempuan ni cpat sgt kesian bila ada lelaki yg suka bersusah pyh tolong dia...buat assignment,bg nota,share kredit,atau apa2 jelah...pastu bila lelaki tu bagi ayat je,perempuan ni trus cair...(kenapa kita ingin mnjual maruah diri kita dgan terlalu murah???apakah kta tidak ad hrga diri?????)

~...mutiara kata...~
3:16 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
"Berkata Imam Hassan Al Basri:
Barangsiapa Yang Tiada Beradab,Tiadalah Ilmunya
Barangsiapa Yang Tidak Sabar,Tiadalah Agamanya
Barangsiapa Yang Tidak Wara',Tiadalah DarjatnyaDisisi ALLAH....

"Berkta Imam Hassan Asy Sazali,Sebab Dari Kerisauan Hati Itu Salah Satu Dari Tiga Perkra:
Kerana Dosa
Kerana Kehilangan Dunia(Harta,Pangkat dan Wanita)
Kerana Dihina Orang

"Baik Pergaulan Sesama Manusia Itu Separuh Dari Akal"(Sayidina Umar)

"Berkata Nabi Daud:
Telah Diwahyukan Dalam Kitab Zabur,Wajib Keatas Orang Yang Berakal Itu Berusaha Terhadap Tiga Perkara:
Beramal Utk Kemudian Hari
Berpada Terhadap Kehidupan
Mencari Kelazatan Dari Yang Halal

"Berfikir Itu Sebagai Pelita Hati Maka Bila Ia Padam Maka Tidak Ada Penerangan Baginya.
(aL-Hikam)

"Sabda Rasulullah S.A.W.:
Berfikir Satu Saat Itu Baik Dari Ibadah Setahun

"Berkata Khotim Al-hasyim:
Orang Muda Tidak Tahu Betapa Berharganya Waktu Muda Melainkan Orang Tua
Orang Yang Aman Itu Tidak Tahu Betapa Berharganya Keamanan Melainkan Orang
Yang Ditimpa Bala
Orang Yang Sihat Tidak Tahu Berharganya Kesihatan MElainkan Orang Yang Sakit
Orang Yang Hidup Tidak Tahu Betapa Berharganya Kehidupan Melainkan Orang
Yang Mati

"Masa Itu Ibarat Pedang,Kalau Kamu Tidak Memotongnya Nescaya Ia Akan Mmotong Leher Kamu"(Pepatah Arab)

"Jangan Menunda Sampai Besok,Apa Yang Engkau Dapat Kerjakan Pada Hari Ini.
Waktu Sangat Berharga,Maka Jangan Engkau Habiskan KEcuali Untuk Sesuatu yang Berharga"
(AL-Hikam)

"Manusia Yang Paling Bahagia Adalah Orang Yang Dapat Menunaikan Tanggungjawabnya"
(Sayidina Ali Krwjh)

"Wahai Anakku!Manusia Dibahagikan Kepada 3 Pecahan:
Satu Pertiga Bahagian Utk ALLAH.APa Yang Untuk ALLAH Itu Adalah Rohnya
Satu Pertiga B ahagian Adalah Untuk DIrinya.APa YAng Untuk Dirinya Adalah
Amalnya
Satu Pertiga Bahagian Adalh Untuk Ulat2.Apa YAng Untuk Ulat2 Adalah Jasadnya..
(Luqmanul Hakim)

"Perbaikilah Tiga Perkara Dengan Tiga Perkara Agar Kamu Termasuk Dalam Golongan Beriman:
Sombong Dengan Tawadhuk
Bakhil Dengan Qana'ah
Hasad Dengan Nasihat
(Malik Bin Dinar)

Berkata Setengah Hukama:"Ada Empat Perkara Yang Baik Tapi Empat Perkara Yang Lain Itu Lebih Baik:
Malu Bagi Lelaki Itu Lebih Baik Tetapi Malu Bagi Wanita Itu Lebih Terbaik
Adil Bagi Setiap Orang Itu Baik Tetapi Adil Bagi Pemimpin Itu Terlebih Baik
Taubat Orang Tua Itu Baik Tetapi Taubat Orang Muda Itu Terlebih Baik
Pemurah Bagi Orang Kaya Itu Baik Tetapi Pemurah Bagi Orang Miskin Itu Lebih
Baik

"Simpulan Hadis Menyatakan:
Ibu Segala Ubat Itu Ialah Mengurangkan Makan
Ibu Segala Adab Itu Ialah Mengurangkan Cakap
Ibu Segala Ibadah Itu Ialah Mengurangkan Dosa
Ibu Segala Cita2 Itu Ialah Sabar

"Susah Sekali Melakukan Kenaikan Pada Empat Tempat:
Memberi Manfaat Ketika Marah
Menderma Ketika Kesempitan
Menjauhi Perkara Haram Ketika Seorang Diri
(Sayidina ALI Krwjh)

"Janganlah Engkau Berteman Dengan Seseorang Yang Sekiranya Persahabatan Itu Tidak Dapat Menolongmu Selepas Mati Kelak"
(Malik Bin Dinar)
Rasulullah sebagai teladan....
1:25 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~




  1. kalau ada pakaian yg koyak,Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluargs maupun tuk dijual.

  2. setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada maknan yg sdah siap dimsk utk dimkn,smbil trsnyum baginda menyinsing lengan bajunya utk mmbntu isterinya di dpur.Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah,Baginda selalu membatu urusan rumahtangga.

  3. jika mndengar azan,baginda cpat2 brangkat ke masjid,dan cepat2 pula kembali ssudah selesai solat"

  4. pernah baginda pulang pada waktu pgi.tntulah baginda amat lapar waktu itu.tetapi dilihatnya tiada apa pun yg ada utk sarapan.yang mentah pun tiadak adakrn Sayidatina 'Aisyah blum ke psar.Maka bginda bertnya,"Belum ada srapan ya Khumaira?"(Khumaira adlah pggilan msra utk Saidatina 'Aisyah yg brerti 'Wahai yg kmerah-mrahan)Aisyah mnjwb dgn agk srba slah,"blum ada apa2 ya Rasulullah."Rasulullah lntas brkata,"jika bgitu,ak brpuasa sja hari ini."tnpa sdikit trgmbar rs kesal di wjahnya.

  5. sebaliknya baginda amat mrah tatkala mlihatseorg suami mmukul isterinya.Rasulullah mnegur,"Mngapa engkau mmukul isterimu?"Lantas soalan itu djwb dgn agk gmentar,"Isteriku sgt kras kepala.Sudah dbri nsihat dia tetap degil,jd ak pkul dia.""ak tdak bertanya alsanmu,"sahut Nabi S.A.W."ak mnanyakn mgapa engkau mmukul tman tdurmu dan ibu kpd ank2 mu?"

  6. prnah bginda bersbda,"Sebaik2 lelaki adlh yg pling baik dan lmah lembut trhdap isterinya."Prihatin,sabar dan tawadhu'nya bginda dlm mnjd ktua kluarga lngsung tdak sdikit pun mnjejaskn kduduknnya sbgai pmimpin umat

  7. Baginda prnah tnpa rs canggung sdikitpn mkn disblah seorg tua yg pnuh kudis,mskin dan kotor.Hanya daim dan brsbar bila kain riad'nya drentap dgn kasar oleh seorg Arab Badwi hngga brbekas merah di lehernya.dan dgn pnuh rs kehambaan bginda mmbasuh tmpat yg dkncing oleh si Badwi di dlm msjd sblm mnegur dgn pnuh lmbut perbuatan itu.kecintaannya yg tnggi trhdap ALLAH dan rs kehambaan yg sdah sbati dlm dri Rasulullah mnolak sma skali rs ketuanan.inilah cntoh yg perlu kta teladani.....


waALLAHua'alam........

bersyukur ap yg ad......
11:58 AM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
Mata saya tidak berkedip memandang ke wajah anak sulung kesayangan. Saya menoleh pula ke almari cermin di hadapannya. Menggeleng kepala saya seketika.

" Muka Kak Long dah putihkan Ummi, " kata Kak long melihat saya terpaku memandangnya dari tadi.

" Kenapa pakai bedak banyak sangat ni, sayang ?" saya melemparkan pertanyaan. Hairan dengan lakunya malam ini. Berbedak hingga sampai ke baju dan seluar. Putih bertompok sana sini.

" Kak Long nak putih macam Kak Ngah, " Kak Long menjawab sambil mula menunjukkan muka masam. Belas pula saya melihatnya.

Baru saya teringat kata-kata Kak Imah yang berkunjung ke rumah siang tadi. Rupa-rupanya Kak Long terdengar perbualan kami.

" Husna lain sikit kulitnya dari Najwa ye, Ina" Kak Imah berkata memandang ke arah anak-anak yang sedang leka bermain di halaman rumah.

" Seorang ikut ayah, seorang ikut Umminya, " saya menjawab dengan senyum kelat. Bimbang Kak Long mendengar. Pasti dia terasa hati nanti. Sensitif sungguh dia bila orang menyebut warna kulitnya.

WANITA DAN WARNA KULIT......

Betapa dunia hari ini. Seorang anak kecil juga sudah tahu menilai kecantikan rupa. Baginya putih itu cantik pada pandangan mata. Fikiran yang dicorak oleh penilaian manusia dewasa kaum wanita terutamanya. Semakin putih, semakin banyak mata yang menoleh.

Ironinya, di luar negara khususnya di UK ini, ramai wanita terutama golongan remaja kulit putih yang baru menginjak dewasa berfikiran sebaliknya. Bagi mereka, berkulit gelap dan hitam lebih seksi dan memikat hati. Justeru mereka berlumba-lumba melakukan rawatan wajah dan seluruh tubuh yang dinamakan ‘sunbed' untuk menukar warna kulit dari putih ke warna coklat dan agak gelap. Dilaporkan, lebih dari 25% remaja dan golongan muda di UK menunjukkan gejala obses terhadap rawatan berisiko ini.

Saya pernah menonton satu rancangan bualbicara, Trisha Goddard Show yang banyak mengenengahkan masalah masyarakat termasuk remaja yang terlalu obses dengan kecantikan diri. Remaja jemputannya pada rancangan tersebut membelanjakan hampir GBP2000 sebulan hanya untuk rawatan kulit dan tubuh badan. Jumlah ini termasuk kos melakukan rawatan ‘sunbed' di atas. Baginya, rawatan tersebut menjadikannya kelihatan lebih menarik, lebih sihat dan seterusnya akan mendapat ketenangan diri.

Saya bimbang dan kasihan melihat wanita-wanita yang terlalu mementingkan kecantikan rupa seperti ini. Bimbang kerana jika mereka seorang selebriti, pengaruh yang dibawa bukan sedikit impaknya. Ramai wanita kini menjadikan artis dan selebriti sebagai idola dalam menentukan gaya dan penampilan mereka. Kasihan, lantaran kecantikan yang mereka tonjolkan adalah cantik palsu yang hanya membawa kepada kemurkaan Allah SWT.

Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit' ingin sentiasa cantik ini, apa yang telah dimiliki bagaikan tidak mencukupi dan ada sahaja yang tidak kena dengan kemahuan jiwa. Mereka kurang yakin dengan penampilan biasa-biasa. Oleh kerana itu, ramai di kalangan mereka berlumba-lumba melakukan rawatan mencantikkan tubuh dan rupa. Cuma bezanya, yang putih ingin lebih gelap dan gelap pula mengimpikan kulit putih menawan. Cetusan keinginan yang sama walau berlainan warna dan rupa.

SYUKURI KESEMPURNAAN

" Eee..tengok muka orang tu Ummi, sebelah mukanya tak ada" Kak Ngah tiba-tiba menjerit. Mungkin terkejut dengan gambar yang dilihatnya di kaca televisyen. Saya dan suami saling berbalas pandang. Kak Long yang asyik menggunakan komputer juga menerpa ke ruang depan mendengar jeritan Kak Ngah.

Ketika itu kami sedang menonton rancangan bercorak dokumentari, The extraordinary People yang memaparkan wajah dan rupa tubuh manusia yang luarbiasa dari yang biasa wujud di dunia ini. Dan kali ini, wajah lelaki di hadapan kami rongak sebelah dengan mata kanan yang lebih kecil, tanpa hidung dan mulut yang rebeh sebahagian besarnya. Wajahnya memang cukup menggerunkan bagi anak kecil yang melihat.

Lelaki itu berasal dari kawasan pedalaman negara China. Kedudukan kampung halamannya yang jauh terpencil menyebabkan dia hidup beberapa tahun dengan wajah yang rosak teruk selepas diserang seekor beruang hutan. Dia kemudiannya dibawa ke hospital di tengah kotaraya untuk menerima rawatan membaikpulih wajah dengan kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital. Saya, suami dan anak-anak melihat dengan rasa penuh keinsafan.

"Sebab itu kita yang ada wajah yang sempurna ini perlu selalu bersyukur. Allah mencipta manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi. Semua sama sahaja. Ada mata, hidung, mulut, telinga dan anggota lainnya. Jadi kena selalu ucap Alhamdulillah," kata suami saya menasihatkan anak-anak sebaik selesai menonton.

" Tak boleh banyak komen tentang warna kulit lagi, " saya mencelah dengan nada bergurau. Mata saya memandang Kak Long yang hanya tersengih malu.

" Kulit Kak Long putih juga sebab Kak Long ikut Ummi. Cuba Kak Long tengok, samakan ?" saya menambah lalu memegang tangannya di atas tangan saya. Kami berdua memang memiliki warna kulit yang sama. Bibir Kak Long mula mengorak senyum biasa.

" Tapi kulit Kak Ngah, Khalil, Solehah dan ayah lebih putih dari kita, " bidas Kak Long masih belum puas hati.

" Putih lebih sikit je. Tapi muka Kak Long muka ayah, tahu tak. Kak ngah pula lebih hampir dengan muka Ummi. Itu tandanya baik Kak Long mahu pun Kak Ngah, kedua-duanya anak-anak Ummi dan ayah yang tiada bezanya," kata saya lagi sambil menjeling manja kepada suami. Kak Long dan Kak Ngah ketawa kecil mendengar celoteh Ummi mereka.

MENGUBAH CIPTAAN

Tiada yang kurang dari ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Tinggal lagi manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan segala kurniaannya. Selagi belum menutup mata, selama itulah nafsu sentiasa meniupkan keinginan untuk meraih perhatian manusia. Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit hati' seumpama ini, merasakan kulit yang mulus, masih belum mampu membahagiakan kerana warnanya yang tidak seputih salju. Lalu ribuan ringgit dibelanjakan. Berbagai rawatan kecantikan dicuba tanpa mengira halal dan haram menurut syari'at agama. Semua itu dilakukan hanya untuk mencapai impian memiliki warna kulit idaman hati agar lebih menawan pada pandangan manusia lainnya. Seolah-olah kejadian Allah menjadikan warna kulit yang gelap tidak tepat dan sangat hodoh pada pandangan mata.

Soal mengubah warna kulit bukan soal ranting yang boleh dikesampingkan dari diperkatakan oleh golongan agamawan. Ini kerana ia melibatkan persoalan akidah, lantaran kejahilan diri. Allah SWT menghebahkan tipudaya syaitan menerusi kalamNya yang bermaksud :

Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan, ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-hamba- Mu, bahagian yang sudah ditentukan (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka benar-benar memotong telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya.' Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (an-Nisa': ayat 117 - 119)

Walaubagaimanapun, perlu difahami bahawa Islam mengharuskan rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya seperti menggunakan ubat-ubatan untuk membuang jeragat atau jerawat yang merosakkan kulit wajah dan seumpamanya dan bukan dengan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit.

BERSYUKUR APA YANG ADA

Tidak ada yang kekal, urusan dunia yang sementara. Bersyukurlah!Sememangnya wanita sangat teruji dengan warna kulit kurniaan Ilahi. Hanya mereka yang bersyukur sahaja mampu menerima dengan senang hati. Justeru, hati dan minda perlu sentiasa disuburkan dengan sifat redha terhadap apa-apa yang dimiliki hari ini. Gembira terpancar indah menyerikan seri rupa, tanda seseorang itu mensyukuri segala nikmat yang diterimanya. Kesyukuran yang akan lebih melorongkannya untuk terus beribadah, mengabdikan diri sebagai hamba yang Esa. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih. (Ibrahim : ayat 7)Akhirnya, bersyukurlah dengan kesyukuran yang bukan sekadar terlafaz oleh lisan, tetapi hidupkan syukur dengan meningkatkan rasa yakin, prasangka baik dan rasa terima kasih yang tidak berpenghujung kepada Allah. Sedarilah, sesungguhnya DIA telah, sedang dan selalu memberi lebih banyak dari apa yang telah dan mampu kita berikan kepada Nya.Dan Dia (Allah) Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim lagi sangat mengingkari (kufur nikmat).
(Ibrahim: ayat 34)

Benarlah..benarlah..Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


* Penulis berdakwah melalui blog www.ummuhusna99.blogspot.com
jom kjar phala sms kwn tidoq!!!
11:53 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:


خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua: Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:


من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima: Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق.”

“Tidur subuh menegah rezeki.."
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh: Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh: Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas: Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Ke dua belas: Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

*Artikel asal : disini
panduan mngkhusyukkan sembahyang
5:34 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~

http://www.iluvislam.com/



1.Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran

2.Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud

3.Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita

4.Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang

5.Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin

6.Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang

7.Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih

8.Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

9.Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir

10.Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

11.Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat

12.Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu

13.Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

14.Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya

15.Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih













* Dipetik dari blog abraxas248

13 aurat wanita....
7:04 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~




1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah. <> <> Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Wasallam.


BIRO AGAMA & KEBAJIKAN KELAB REKREASI TOURISM MALAYSIA
sumayyah dua kali terselamat
1:40 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~

Susunan ZUARIDA MOHYIN
MENGAPA saya wujud di dunia ini dan untuk tujuan apa kita dihidupkan? Dua persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikiran wanita yang berasal dari Queens, New York, Amerika Syarikat, Jennifer Sumayah Fayed sebelum beliau mengalami beberapa insiden yang beliau anggap itu adalah petanda dan hidayah daripada Allah SWT.Akui pemegang ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran dan kini beliau merupakan ahli kepada Perikatan Penulis-Penulis Muslimah, persoalan di atas mula timbul pada musim panas 2001.Pada ketika itu beliau sudah tiga tahun berkahwin tetapi rumah tangga yang dibina ibarat retak menanti belah. Apa tidaknya, suaminya tidak seperti suami orang lain yang melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa sebaik mungkin. Tambah membebankan fikiran dan perasaan Sumayah apabila mengetahui dirinya mengandung anak ketiga. Sejak itu, Sumayah mula berfikir-fikir tujuan dia hidup di atas muka bumi ini. Sungguhpun dia bangga dengan status sebagai isteri, ibu dan anak tetapi tentunya ada sebab yang lebih munasabah selain semata-mata melaksanakan peranan di atas. Dalam situasi emosinya yang kian tertekan, ia diburukkan lagi apabila keluarga kandungnya berpindah ke Republik Dominican. Ia menyebabkan Sumayah rasa dirinya terpinggir dan hampir putus asa. Baginya, keluarga adalah sumber inspirasi dan kekuatan semangat dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar itu.Pagi itu, lenanya terganggu dek panggilan telefon daripada ibu mentua yang berkali-kali mengulangi perkataan ada kemalangan kapal terbang di bandaraya Manhattan. Rupa-rupanya berlaku pelanggaran dua buah kapal terbang di Pusat Dagangan Dunia New York yang mengejutkan seluruh dunia.Bernasib baikSumayah adalah antara insan yang benar bernasib baik kerana dia baru semalam berada di bangunan tersebut. Selepas serangan 11 September, Sumayah mengambil keputusan terbang ke Republik Dominican dengan niat menziarahi ibu bapanya. Pada masa itu kandungannya baru berusia sebulan. Dirinya berbadan dua hanya diketahui ibu mentua, suami dan dirinya. Dengan menaiki pesawat 587, ia adalah penerbangan pertamanya selepas tragedi serangan WTC. Saat itu fikiran Sumayah hanya tertumpu kepada kandungan yang hidup dan semakin membesar. Ia adalah sesuatu yang tidak dirancang dan sebenarnya jauh di sudut hati Sumayah, dia tidak mahu meneruskan kehamilan itu. Bagaimana hendak menyara tiga mulut sedangkan untuk menyara dua anak pun Sumayah tidak mampu.Oleh kerana terlalu berat dirasakan beban yang perlu dipikul itu waima untuk memberitahu kepada keluarga, Sumayah mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungannya. Itulah cara yang paling mudah baginya menyelesaikan masalah yang dihadapi walaupun agamanya menganggap ia sesuatu yang berdosa dan taboo.Sumayah kembali ke New York dan terus menghubungi perancang keluarga untuk membuat janji temu bagi melakukan pengguguran. Dia kecewa diberitahu, kaedah pengambil pil tidak boleh dilakukan kerana usia kandungannya sudah membesar. Jadi mereka menyarankan agar dia melakukan proses pengguguran kandungan. Timbul rasa bersalah di benak. Timbul pelbagai konflik pada diri Sumayah. Adalah betul tindakan yang diambil itu? Bagaimana hak untuk hidup bayi yang tidak berdosa itu? Semua itu berputar-putar di fikirannya.Memohon kepada-NyaAkhirnya, dia mengambil keputusan berdoa dan memohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk. Itulah usaha terakhirnya. Lantas terus berbicara terus kepada Allah seperti berbual dengan seorang sahabat. Dia tidak ke gereja atau ke bilik pengakuan yang tersedia di gereja.Selepas menyerahkan semuanya kepada Tuhan, Sumayah meneruskan hari-hari mendatang dengan tabah dan berkeyakinan bahawa Tuhannya itu akan lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya itu.Serangan 11 September, menurut Sumayah menyebabkan masyarakat Islam di New York mengalami tekanan hebat. Mereka dituduh sebagai pengganas dan pelbagai layanan buruk, kata keji dan pemboikotan dilakukan penduduk tempatan ke atas umat Islam ketika itu.Ada juga terdetik perasaan belas dan kasihan kerana beranggapan mereka itu adalah mangsa keadaan dan mereka sebenarnya tidak bersalah. Sungguhpun demikian, hakikatnya ada hikmah di sebalik keperitan dan tohmahan negatif itu.Selang beberapa hari, sekali lagi Sumayah dikejutkan. Kali ini berita tentang satu kemalangan kapal terbang dari tanah kelahirannya ke Republik Dominican. Tambah memeranjatkan, ia adalah pesawat 587 yang dinaikinya seminggu yang lalu sewaktu menziarahi ibu bapanya.Sesungguhnya dua kejadian di atas bukannya kebetulan tetapi ia mesej nyata daripada Allah. Apatah lagi ia berlaku kurang sebulan. Seminggu kemudian, Sumayah mengalami masalah pendarahan dan akhirnya janin yang masuk bulan kedua itu tidak dapat diselamatkan lagi.Biarpun, dia ada mendaftar untuk proses pengguguran, namun keguguran yang dialami sehari sebelum tarikh 15 Oktober 2001 yang diberikan oleh perancang kekeluargaan itu tidak dirai dengan rasa lega.Namun, mengambil sikap positif daripada apa yang dialami serta berkeyakinan apa yang berlaku ke atasnya itu adalah natijah daripada doanya kepada Allah.Dengan tidak menoleh ke belakang lagi dan beralasan, Sumayah bertekad menyambung pengajian dan memohon perceraian daripada suaminya yang terang-terangan tidak mahu bekerja dan menjadi bapa yang bertanggungjawab.Bertemu pelajar IslamBerada di kolej, Sumayah mula bertemu dengan beberapa pelajar Muslim. Dia tidak sabar bertanya apa sahaja berkaitan agama mereka. Sebenarnya, persoalan ini timbul rentetan daripada insiden 11 September lalu. Soalan pertama yang ditanya Sumayah ialah mengapa dia bertudung kepala? Apa agama kepercayaan awak? Siapakah itu Nabi Muhammad yang selalu mereka sebut-sebutkan? Sayangnya ada antara soalan itu yang dijawab tetapi banyak juga yang tidak jelas. Oleh kerana itu, Sumayah terpaksa beralih kepada sumber pencarian lain iaitu Internet, kaedah paling cepat dan mudah untuk mendapatkan penyelesaian. Di situlah beliau tahu tentang Islam. Malah barulah Sumayah tahu bahawa Allah bukan sahaja mengutuskan Nabi Isa sebagai pesuruh Allah tetapi ada nabi selepas itu iaitu Nabi Muhammad, sebagai penutup segala nabi dan rasul. Malah selepas mentelaah tentang ajaran Islam, barulah persoalan yang telah terpendam sekian lama terjawab. Malah ia dijelaskan secara terperinci dan terang. Sejak itu, Sumayah membuat keputusan untuk melakukan lebih banyak penyelidikan terutamanya tentang Nabi Muhammad SAW. Sumayah terkejut dengan apa yang ditemui iaitu bahawa Muhammad itu sebenarnya insan biasa dan sesungguhnya keseluruhan sirah kehidupannya telah tercatat dalam kitab al-Quran. Tanpa banyak soal, Sumayah mengakui bahawa agama kepercayaan yang selama ini dicari sudah ditemui dan ia adalah agama Islam. Sumayah menghadiri solat sunat tarawih yang pertama ialah pada musim gugur 2002. Suasana dalam masjid penuh sesak dengan manusia yang berbeza warna kulit dan bangsa. Senario yang jauh berbeza dengan agamanya sebelum ini. Mereka tidak lekang dengan ucapan salam sebaik bertemu sesama mereka. "Agak kekok juga untuk solat berjemaah namun seorang teman menyarankan kepada saya agar ikut sahaja atau tiru bulat-bulat apa yang mereka lakukan."Saya seronok melaksanakannya. Saya takjub bila mengetahui bahawa umat Islam bersolat dengan mengadap satu kiblat iaitu Kaabah yang terletak di Mekah, Arab Saudi serta waktu dan jumlah solat yang serupa walau dari mana mereka berada di muka bumi ini.Mula bertudung"Sebagai tanda menghormati masyarakat Islam, saya mengenakan tudung kepala sejak itu. Alhamdulillah, timbul rasa selesa walaupun ia pengalaman pertama memakainya. "Saya juga dapati, dengan menutup sebahagian badan, ada semacam rasa selamat. Ini kerana kaum Adam melayan saya dengan penuh beradab sopan dan tidak terarah kepada kita sebagai objek seksual. Saya akhirnya bersumpah untuk terus memakai tudung walaupun pada masa itu saya masih belum Islam."Malah saya mula belajar berpuasa. Selepas beberapa ketika, saya mula memikirkan bagaimana untuk saya memberitahu hal sebenar penampilan diri bertudung serta berhasrat untuk memeluk Islam kepada keluarga. "Sudah pastinya mereka menentang keras terutamanya, ibu," cerita Sumayah yang telah berterus terang kepada adik perempuan, Catherine yang lima tahun lebih muda daripadanya."Walau apa juga agama anda, saya tetap sayangkan anda sebagai kakak," jawapan daripada mulut adiknya itu bagai tidak dipercayai Sumayah. Sumayah memberanikan diri berdepan dengan ibu bapanya. Di pihak bapanya tidak ada banyak masalah tetapi ibunya seperti tidak percaya dengan berita yang sampai di telinganya itu. Ibu berkeras menjelaskan bahawa dia telah memilih jalan yang salah dan agama Islam bukanlah agama yang sebenar dan perkara yang paling menganggu ibu ialah pemakaian tudung oleh Sumayah.Dua minggu kemudian, barulah ibu dapat menerima keputusan Sumayah tetapi dengan perasaan yang agak berat. Minggu berikutnya, Sumayah sah bergelar Muslim dengan disaksikan saudara sesama Islam dari pelbagai bangsa.
Zinnirah diseksa oleh tuannya
1:40 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
ZINIRAH adalah wanita Rom yang ditawan dan dibawa ke kota Mekah bagi dijual sebagai hamba. Ada beberapa wanita dan lelaki berdiri di samping Zinirah ketika dilelong kepada bangsawan Quraisy.Mereka mengerumuni kawasan jualan hamba bagi mencari lelaki dan wanita yang terbaik bagi dijadikan hamba di rumah mereka."Wanita Rom ini kuat dan boleh melakukan apa sahaja pekerjaan di rumah tuan. Lihat badannya yang tegap dan tinggi," penjual hamba cuba memancing pembeli dengan kata-kata positif mengenai diri Zinirah."Jual dia kepada saya. Ini wangnya!" tiba-tiba Umar al-Khattab bersuara, lalu menyerahkan sejumlah wang kepada penjual hamba."Ikut saya!" perintah Umar al-Khattab kepada Zinirah yang sudah dibukakan ikatan tangan dan kakinya."Baik tuan," balas Zinirah lalu mengekori Umar al-Khattab balik ke rumahnya.Setiap hari, Zinirah melakukan pekerjaan di rumah tuannya dengan tekun dan rajin. Oleh kerana ajaran agama Islam menyatakan semua manusia itu setaraf, beberapa orang hamba memeluk agama Islam.Zinirah menerima ajaran Islam dengan sepenuh hati. Beliau melakukan kewajipan sebagai seorang Islam ketika Umar al-Khattab berada di luar rumah dan ketika tuannya tidur pada waktu malam.Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang benci kepada Islam sebelum dia memeluk agama Islam. Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang memeluk Islam dengan harapan mereka meninggalkan agama Islam.Zinirah tahu tuannya akan menghukumnya sekiranya rahsianya terbongkar. Walaupun Zinirah kelihatan lembut daripada segi penampilannya, tetapi jiwanya tabah. Beliau sanggup menghadapi apa sahaja hukuman yang diberikan oleh Umar al-Khattab sekiranya rahsianya terbongkar."Tahukah kamu bahawa Zinirah sudah memeluk Islam secara sembunyi?" kata salah seorang bangsawan Quraisy kepada Umar al-Khattab yang sedang berjalan pulang ke arah rumahnya."Apa?" Hamba saya sudah memeluk Islam? Saya akan pastikan dia mendapat hukuman yang setimpal sehingga dia kembali ke agama kita!" Umar al-Khattab marah mendengar kata-kata bangsawan Quraisy itu.Umar al-Khattab berjalan pantas dengan hati yang marah. Dia menolak daun pintunya dengan kasar sehingga kedengaran bunyi kuat pintu itu apabila menghentam dinding rumahnya. Dia mencari Zinirah yang kelihatan sedang berdoa di dalam biliknya."Saya memang sudah syak kamu sudah memeluk Islam kerana ada perubahan dalam diri kamu sejak kebelakangan ini," Umar al-Khattab terus menengking Zinirah dengan suara yang kasar."Berani kamu memeluk agama Islam walaupun tahu hukuman berat menanti kamu!" Umar al-Khattab memukul badan Zinirah dengan dua belah tangannya sehingga Zinirah rebah menyembah tanah."Tinggalkan agama Islam jika kamu mahu hidup lagi!" Umar al-Khattab terus menyeksa Zinirah supaya meninggalkan agama Islam."Allah! Allah! Allah!" jawab Zinirah dalam kesakitan.Api kemarahan Umar al-Khattab memuncak apabila mendengar jawapan Zinirah. Matanya merah. Dia mengambil tali cemeti dan meneruskan seksaan ke atas Zinirah.Dia menyebat badan Zinirah berulang-kali tanpa perasaan belas kasihan sehingga pakaiannya dibasahi darah. Akhirnya, Umar al-Khattab menghentikan seksaannya apabila Zinirah jatuh pengsan.Apabila Zinirah tersedar daripada pengsan, hukuman yang sama diulangi ke atasnya. Hati Umar al-Khattab tidak puasa selagi Zinirah tidak kembali ke agama nenek moyangnya. Walaupun pelbagai seksaan dikenakan ke atas Zinirah, hatinya semakin tabah menghadapinya kerana cintanya yang menalam pada agama Islam dan Allah."Ini sahaja cara bagi memaksa kamu meninggalkan agama Islam!" ugur Umar al-Khattab yang mula mengikat tangan Zinirah menariknya ke padang pasir pada suatu pagi."Kamu akan dijemur di sini sehingga kamu meninggalkan agama Islam!" sambung Umar al-Khattab yang mengikat badan Zinirah pada bongkah batu yang dibakar oleh panas matahari yang terik.Keperitan dan bahang matahari yang membakar tubuh Zinirah tidak meruntuhkan imannya kepada Allah. Tubuhnya semakin lemah kerana menahan kesakitan tetapi hatinya masih yakin Allah sahaja yang dapat membantunya."Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak berhenti-henti menyebut nama Allah sebagai penawar segala keperitan yang sedang dialaminya."Kamu masih mahu berpegang pada agama Islam?" tanya Umar al-Khattab yang memegang dua batang besi panas di hadapan muka Zinirah.Mendengar jawapan Zinirah, Umar terus mencucuk mata Zinirah dengan besi panas. "Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak menjawab soalan Umar al-Khattab.Kini mata Zinirah sudah buta dan dunia sekitarnya menjadi gelap. Mulutnya masih kumat kamit mengungkap nama Allah walaupun kesakitan akibat cucukan besi panas itu masih terasa. Umar al-Khattab mengundang beberapa orang bangsawan Quraisy bagi melihat keadaan Zinirah yang masih mempertahankan agama Islam walaupun badanya sudah terkulai tidak bermaya dan buta matanya."Hanya Allah sahaja yang dapat membuat mata saya melihat kembali kerana Allah adalah pencipta semua makhluk." Zinirah cuba menyedarkan Umar al-Khattab dan bangsawan Quraisy tentang kuasa Allah.Kata-kata Zinirah membuatkan api kemarahan Umar al-Khattab semakin meledak lalu disebat Zinirah bertubi-tubi. Berdesing bunyi cemeti memecah udara padang pasir. Mulut Zinirah hanya mengucapkan "Allah! Allah! Allah" tanpa henti menahan kesakitan akibat sebatan tali cemeti yang singgah ke atas badannya."Kamu akan hidup sengsara kerana tidak dapat melihat lagi. Puas hati aku sekarang," kata Umar al-Khattab. Dia mengajak bangsawan Quraisy meninggalkan Zinirah yang terbaring tidak bermaya dengan pakaiannya dibasahi darah.Kisah seksaan Zinirah akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq dan beliau bergegas ke tempat Zinirah diseksa untuk membelinya dari Umar al-Khattab.Dia menyerahkan sejumlah wang bagi menebus dan menyelamatkan Zinirah daripada tangan Umar al-Khattab. Maka terlepaslah Zinirah daripada seksaan musuh Islam dan dia hidup gembira bersama tuan barunya yang beragama Islam. Zinirah yang teguh dan yakin dengan keimanan kepada Allah dapat melihat kembali dengan izin Allah tidak lama selepas kejadian itu.
teka-teki Imam al-Ghazali
6:15 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~





"Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua
'Murid 2 = ' Guru
'Murid 3 = ' Teman
'Murid 4 = ' Kaum kerabat
'Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Negeri Cina
'Murid 2 = ' Bulan
'Murid 3 = ' Matahari
'Murid 4 = ' Bintang-bintang
'Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung
'Murid 2 = ' Matahari
'Murid 3 = ' Bumi
'Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

'IMAM GHAZALI = ' Apa yang paling berat didunia?
'Murid 1 = ' Baja
'Murid 2 = ' Besi
'Murid 3 = ' Gajah
'Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

'Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin
'Murid 3 = ' Debu
'Murid 4 = ' Daun-daun
'Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

'Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
'Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang
'Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

http://alumnimmpm.blogspot.com/
10 pintu masuk syaitan kuasai hati manusia
5:47 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~






Suburkan diri dengan iman sebagai perisai tangkis godaan lakukan maksiat

KETERBUKAAN manusia mengundang kehadiran syaitan dalam diri ada kaitan dengan sifat mazmumah yang menjadi amalan kehidupan seharian. Melalui pelbagai perbuatan maksiat dalam sedar atau tidak, sebenarnya menyediakan ruang syaitan menapak dalam diri.
Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, individu sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan.
Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat itu juga goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana merayap untuk menguasai tunjang dalam badan manusia.
Berlumbalah syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia supaya melanggar segala perintah Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." (Surah an-Nisa', ayat 120-121)
Beruntung manusia yang berupaya menangkis godaan syaitan. Menurut ulama, syaitan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:

# Sifat sombong dan angkuh
Dua sifat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

# Bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan adalah kurniaan Allah yang harus dibelanjakan ke jalan benar. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau sedekah.

# Takbur dan bongkak
Sifat ini selalu bertapak dalam diri manusia yang berasakan memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa kesenangan dan kenikmatan dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." (Surah an-Nahl, ayat 23)

# Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi perjanjian atau perkongsian yang dibuat.

# Tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan Rasulullah SAW selalu menasihati sahabat supaya mengelakkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

# Hasad dengki
Sifat ini selalu diikuti rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hindari kamu sifat hasad kerana ia memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering." (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

# Meremehkan orang lain
Sifat ego manusia selalu lahir apabila individu berasa dirinya sempurna berbanding orang lain yang dilihat terlalu kecil dan kerdil dengan apa dia miliki.
Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil." (Hadis riwayat Muslim)

# Sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senang saja." (Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

# Suka berangan-angan
Islam antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

# Buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik amat dicela Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya." (Hadis riwayat
Muslim)
ciri-ciri wanita syurga.....
4:16 AM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~




Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga.
Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)
Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta'ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :
"Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)
"Dan di dalam Surga-Surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nomor 1557)
Ciri-ciri wanita syurga
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.
15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta'ala berfirman :
" … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)
sumber: ~muslimah~
safiyah mmbunuh musuh Islam
5:53 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
SAFIYAH binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad. Ayahnya, Abdul Mutalib bin Hasyim adalah pemimpin kaum Quraisy yang disegani. Dia adalah adik kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar 'Singa Allah' dan digeruni oleh pihak musuh Islam.Safiyah melibatkan diri dalam perang mengikut batasan-batasan yang dibenarkan oleh Islam. Dalam Perang Uhud, Safiyah dan wanita Muslimah membantu tentera Islam yang berperang dengan memberikan air minuman dan merawat mereka yang luka.Pada awalnya, tentera Islam meriah kemenangan. Namun kemudian mereka ingkar perintah Nabi lalu turun dari Bukit Uhud bagi mendapatkan harta rampasan perang. Apabila pihak musuh melihat hanya tinggal seorang dua tentera Islam yang mengawal Bukit Uhud, mereka berpatah balik menyerang tentera Islam semula.Akibatnya, tentera Islam mengalami kekalahan mengejut sehingga ramai tentera Islam lari menyelamatkan diri daripada dibunuh pihak musuh."Mengapa kamu semua lari dari medan perang dan meninggalkan Rasulullah seorang diri," jerit Safiyah dengan mengangkat tombak di tangan. Beliau mengarah kepada tentera Islam yang melarikan diri.Namun, tiada seorang tentera Islam yang mempedulikan jeritan Safiyah dan terus lari meninggalkan medan peperangan. Hanya beberapa pahlawan Islam bergadai nyawa menyelamatkan Nabi daripada kepungan tentera pihak musuh. Hamzah terbunuh dalam perang ini dan berita kematiannya sampai ke telinga Safiyah."Suruh ibu kamu pulang ke rumah supaya dia tidak sedih dan terkejut melihat keadaan mayat ayah saudara kamu yang diperlakukan dengan kejam," kata Nabi kepada Zubir apabila mengetahui Safiyah sedang menuju ke tempat jasad tentera-tentera Islam yang dikumpulkan untuk dikebumikan."Nabi meminta ibu pulang ke rumah." Zubir menyampaikan pesanan nabi apabila bertemu dengan ibunya."Ibu sudah mengetahui tentang keadaan mayat ayah saudara kamu. Insya-Allah, ibu dapat bersabar dan tabah melihat mayatnya sebelum dia dikebumikan," balas Safiyah dengan nada tenang.Sifat kepahlawanan Safiyah terserlah dalam perang Khandak. Apabila Nabi dan angkatan tentera Islam keluar dari kota Madinah bagi menentang pihak musuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dalam satu rumah sebagai benteng pertahanan. Hasan bin Thabit, penyair pada zaman itu ditugaskan bagi melindungi rumah itu daripada bahaya."Saya mahu pergi mengintip rumah yang menjadi benteng pertahanan pihak Islam. Seandainya tidak ada kaum lelaki di dalam rumah itu, kita dapat serang dan menangkap semua kaum wanita dan kanak-kanak bagi dijadikan tebusan. Sudah tentu tentera Islam yang berjuang di luar itu mengaku kalah," kata ketua kaum Yahudi keturunan Quraizah kepada pengikutnya."Kami akan menunggu di bawah benteng ini dan menunggu arahan tuan," balas pengikutnya yang bersetuju dengan cadangan ketua mereka."Saya melihat ada seorang Yahudi yang sedang mundar-mandir rumah kita. Saya bimbang sekiranya dia perisik kepada orang Yahudi berketurunan Quraizah," komen Safiyah kepada Hasan yang masih duduk mendiamkan diri."Saya minta kamu keluar dari rumah ini dan bunuh Yahudi itu sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita semua," pinta Safiyah kepada Hasan yang belum menunjukkan apa-apa reaksi."Kamu sahajalah keluar dan bunuh Yahudi itu," balas Hasan dengan muka bersahaja."Kamu lupa saya ini adalah seorang wanita." Safiyah mengingatkan statusnya kepada Hasan apabila mendengar kata-kata Hasan itu."Safiyah, saya hanya penyair dan bukannya pahlawan. Seandainya saya pahlawan, sudah tentu saya mengikuti Nabi ke medan peperangan," Hasan mendedahkan perkara sebenar tentang dirinya."Sekiranya begitu, biar saya mencari jalan lain bagi menghapuskan Yahudi itu." Safiyah kecewa dengan jawapan Hasan itu.Dia mencari sebatang kayu yang paling keras dan keluar dari rumah itu dengan penuh berhati-hati. Safiyah berjalan perlahan-lahan mencari orang Yahudi yang mengelilingi rumah itu.Apabila dia berjaya menemuinya, dia memukul kepala Yahudi itu dengan kuat sehingga Yahudi itu rebah menyembah bumi."Saya sudah bejaya membunuh Yahudi itu. Sekarang, kamu pergi ambil barang-barang yang ada pada mayat Yahudi itu," kata Safiyah kepada Hasan."Mengapa kamu tidak mengambil barang-barangnya selepas kamu membunuhnya tadi?" tanya Hasan dengan pantas."Tidak manis sekiranya saya mengambil barang-barang daripada badan seorang lelaki," balas Safiyah dengan nada sindiran."Saya tidak memerlukan barang-barang Yahudi itu. Kamu sahajalah ambil barang-barangnya," Hasan menolak permintaan Safiyah itu.Safiyah yang kecewa dengan kata-kata Hssan, keluar sekali lagi dari rumah itu. Dia menghampiri mayat Yahudi itu. Dia mencampakkan Yahudi itu ke bawah benteng itu."Lebih baik kita beredar dari sini. Saya rasa Rasulullah sudah menempatkan beberapa pahlawan Islam bagi melindungi kaum wanita dan kanak-kanak di rumah itu," lapor salah seorang Yahudi Bani Quraizah."Lihat buktinya sekarang!" kata salah seorang pengikut mereka apabila melihat mayat ketua mereka di bawah benteng."Mungkin benar kata kamu. Lebih baik kita melarikan diri sebelum kita menjadi mangsa pahlawan Islam," ajak seorang lagi pengikut kaum Yahudi yang mula melarikan diri.Safiyah adalah wanita Islam pertama yang berjaya membunuh musuh Islam. Dia tidak gentar walaupun tiada seorang lelaki pun yang membantunya semasa menghadapi Yahudi itu.

http://mypembaca.blogspot.com/2009_02_01_archive.html
Allah berkuasa mnjdikn ssuatu...
5:50 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria a.s. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab: “Dari Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira”. Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan”. Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”. Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”. Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya”. Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”. Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”. (ali-‘Imran: 37-41) Iktibar dan fiqh ayat ke-37:i. al-Maraghi berkata: "Allah SWT memelihara dan menumbuhkan sehingga keadaannya menjadi baik, sebagaimana Dia memelihara tumbuh-tumbuhan di atas tanah yang baik sesudah tanah itu disediakan untuk dialiri dan dibersihkan daripada tumbuh-tumbuhan perosak."Pendidikan ini meliputi pendidikan rohani dan jasmani, jasadnya membesar sehingga badan dan kekuatannya menjadi lebih baik. Sedangkan rohaninya pula berkembang dengan memiliki fikiran yang benar, jiwa yang baik dan mempunyai harga diri". ii. Mohamad Quraish Shihab berkata: "Hubungan yang rapat dan akrab antara Maryam dan Allah SWT menunjukkan ada rahsia yang tidak perlu diketahui oleh orang. Ini difahami dari jawapan Maryam yang hanya menjelaskan sumber rezeki itu, yakni Allah SWT dan tidak menjelaskan bagaimana beliau memperolehnya". iii. Hamka berkata: "Dua kata penting untuk kita jadikan dasar dalam pendidikan anak-anak dalam ayat ini ialah: A) Keturunan ayah bondanya yang soleh.B) Kedua: Perhatian kepada yang mengasuh dan mendidik. Mestilah pendidik yang baik kerana ia akan mewarisi setiap kebaikan yang telah disematkan sejak dari kecil lagi. Andainya pendidik itu kurang baik, maka pertumbuhan anak itu akan disemai dengan perlakuan yang tidak menyenangkan.Iktibar dan fiqh ayat ke-38:i. Al-Maraghi berkata: "Nabi Zakaria a.s berbicara dengan Maryam seperti yang tersebut di atas. Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya seperti ini. "Selepas baginda melihat keadaan Maryam yang baik dan luas pengetahuannya tentang Allah SWT, baginda berharap akan mempunyai anak lelaki yang soleh sepertinya, yang merupakan pemberian dan kurnia dari sisi Allah SWT. Apabila melihat anak-anak yang baik, seseorang akan merindui mereka dan menjadi buah harapan agar mempunyai anak seperti mereka".ii. Hamka berkata: "Melihat Maryam yang membesar dengan sempurna maka dia pun ingin diberi keturunan yang baik pula serupa itu. Demikianlah selalu doanya ketika mengasuh Maryam begitu juga di dalam solat. Sesungguhnya solat itu doa dan doa itu solat".Iktibar dan fiqh ayat ke-39:i. Ibn Jauzi berkata: "Maksud malaikat dengan dua pendapat: A) Jibril a.s sahaja. Inilah pendapat al-Suddi.B) Kumpulan malaikat. Inilah pendapat Ibn Jarir.ii. Al-Maraghi berkata: "Malaikat menyampaikan khabar gembira ini kepada Nabi Zakaria a.s. Yahya yang dimaksudkan ialah bakal puteranya, sebagaimana tersebut dalam surah Maryam ayat 7. Perkataan Yahya ini adalah terjemahan daripada kata Yuhanas. Dalam Kitab Injil Matius disebut: "Dia ini dipanggil dengan nama Yuhanas Ma'madani" dan diberi gelar Ma'madani, kerana menjadi tumpuan orang ramai semasa kehidupannya. Perkataan 'Yahya' dalam bahasa Arab berasal dari perkataan hayat, yang bererti hidup. Jadi, kata ini memberikan kesan bahawa Yahya akan hidup dengan baik mewarisi keutamaan dan kenabian yang telah dimiliki oleh bapa (Zakaria AS) dan keluarga Ya'qub a.s.iii. Hamka berkata: "Ketika Nabi Zakaria sedang sembahyang dengan penuh khusyuk di mihrab itu datanglah malaikat dan berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggembirakan kau dengan Yahya". Ertinya Tuhan telah mengkabulkan permintaan engkau dengan mengurniakan seorang putera diberi nama Yahya.Iktibar dan fiqh ayat ke-40:i. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT menjawab melalui perantaraan malaikat-Nya, Begitulah Allah SWT tetap melakukan apa yang dikehendaki-Nya". Jika Dia menghendaki sesuatu, Dia akan menciptakan sebab yang biasa atau menciptakan sebab yang tidak biasa dikenal. "Hal itu kerana tidak ada sesuatu yang dapat menghalang kehendak-Nya. Jadi, serahkan sahaja segala urusan kepada Allah SWT dan jangan ditanya caranya kerana engkau tidak akan sanggup mengetahui caranya".ii. Hamka berkata: "Di sini kita sebutkan salah satu penafsiran makna Kalimah iaitu bahawa kelahiran Nabi Isa a.s tidak dengan perantaraan bapa, melainkan semata-mata dari kehendak Allah SWT. Akan diakui kebenarannya oleh Yahya."Ini sesuai dengan kepercayaan orang Kristian bahawa kedatangan Yahya mendahului Isa a.s ialah melapangkan jalan bagi kedatangan Isa al-Masih. Abu Ubaidah, ahli tafsir yang terkenal menafsirkan kalimah yang diakui oleh Yahya itu ialah kitab dan wahyu". Iktibar dan fiqh ayat ke-41:i. Al-Maraghi berkata: "Perbanyakkan mengingati Allah SWT pada hari kelapangan bagi menyatakan kesyukuran kepada-Nya dan bertasbihlah pada waktu pagi mahupun petang".ii. Mohamad Quraish Shihab berkata: "Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tandanya bagimu, adalah engkau tidak dapat berbicara dengan manusia dalam persoalan duniawi, atau tidak dapat berbicara sama sekali selama tiga hari kecuali berbicara dengan isyarat yakni tanpa suara dan supaya lebih jelas tanda itu. Allah SWT tidak menjadikan lidahmu bisu atau menghilangkan suaramu sama sekali. "Engkau tetap dapat bersuara bila yang engkau ucapkan adalah pujian kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, bersyukurlah dan sebutlah nama Tuhanmu sebanyak mungkin dan bertasbihlah dengan menyucikan Tuhan-Mu dari segala kekurangan di waktu pagi dan petang".Berdasarkan ayat-ayat di atas jelas menunjukkan betapa berkuasa Allah SWT dalam melakukan apa sahaja. Menjadi tuntutan kepada kita untuk berdoa, solat dan berzikir kepada-Nya.Inilah sifat para Nabi seperti nabi Allah Zakaria yang berteleku di tengah malam di mihrab dan munajat, merintih berdoa serta berzikir di mana akhirnya doa yang sekian lamanya dimakbulkan Allah SWT dengan kurniaan anak yang dinamakan dengan Yahya a.s. Semoga Allah SWT menjadikan kita mengikut sifat golongan solihin. Amin.

http://mypembaca.blogspot.com/2009_02_01_archive.html
al hadits...
12:14 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
الحديث
قال الشيخ عبد الله بن يوسف الجُديع : وفي الاصطلاحِ : ما أُضِيْفَ إلى النَّـبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِنْ قَولٍ أو فِعْلٍ أو تَقْرِيرٍ أو صِفَةٍ
تحرير علوم الحديث ص 10.
Syaikh Abdullah ibn Yusuf al-Juda’i berkata: Menurut istilah yaitu segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi shallallahu’alaihi wasalam dari ucapan, perbuatan, ketetapan dan sifatnya.
Taharir Ulumul Hadits hal. 10
Contoh :
قول (ucapan) : إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ [sesungguhnya amalan tergantung niatnya]….
Atau sahabat berkata: Rasulullah shallallahu’alaihi wasalam bersabda ….
فعل (perbuatan) : Aisyah berkata : Rasulullah shallallahu’alaihi wasalam apabila hendak tidur maka beliau berwudhu dulu seperti wudhu shalat….
Atau Sahabat berkata : Rasulullah shallallahu’alaihi wasalam melakukan ini dan itu …
تقرير (ketetapan/persetujuan) : Ibn Abbas berkata : dihidangkan kepada beliau daging biawak, beliau tidak memakannya karena jijik, tetapi daging itu dimakan dimeja Rasulullah shallallahu’alaihi wasalam seandainya harom niscaya tidak dimakan di meja beliau.
Atau Sahabat berkata : kami melakukan ini dan itu, sementara Rasulullah shallallahu’alaihi wasalam tidak melarang kami…
صفة (Sifat) : Anas berkata : Rasulullah shallallahu’alaihi wasalam tingginya sedang, tidak tinggi, tidak pendek…
Atau Sahabat berkata: Rasulullah shallallahu’alaihi wasalam sifatnya seperti ini dan ini….
-----------------------------
? أما علم الحديث
Definisi Menurut Ibn Jama’ah
قال الشَّيخ عز الدِّين بن جماعة: علم الحديث علم بقوانين, يُعرف بها أحوال السند والمتن .
السيوطي- تَدْريبُ الرَّاوِي في شَرْح تَقْريب النَّواوي 1/5
Syaikh Izuddin Ibn Jama’ah berkata : Ilmu hadits adalah ilmu tentang pedoman-pedoman, yang dengannya dapat diketahui keadaan sanad dan matan.
As-Sayuthi dalam Tadribur Rawi fi Syarah Taqrib Nawawi 1/5
السند
قال عبد الله بن يوسف الجُديع : السند : هو سلسلة الرواة التي حصل بها تلقِّي الخبر.
تحرير علوم الحديث ص 15.
Syaikh Abdullah ibn Yusuf al-Juda’i berkata: sanad adalah rangkaian perawi yang digunakan sebagai jalan untuk menerima berita.
Taharir Ulumul Hadits hal. 15
أحوال السند = keadaan sanad, yaitu segala sesuatu yang berkaitan dengan sanad.
المتن
قال عبد الله بن يوسف الجُديع : المتن : هو الكلام ( أو النَّص ) الذي انتهى إليه السند.
تحرير علوم الحديث ص 15.
Syaikh Abdullah ibn Yusuf al-Juda’i berkata: Matan yaitu perkataan (atau nash) yang padanya sanad berakhir.
Taharir Ulumul Hadits hal. 15
أحوال المتن = keadaan matan, segala sesuatu yang berkaitan dengan matan.
Kenapa disebut matan?
قال السيوطي :
وهو: ما صَلُبَ وارتفع من الأرض, لأنَّ المُسند يقويه بالسَّند ويرفعه إلى قائله
السيوطي- تَدْريبُ الرَّاوِي في شَرْح تَقْريب النَّواوي 1/5
Imam As-Sayuthi berkata :
(matan) yaitu sesuatu yang keras diatas permukaan bumi, sebab musnid menguatkannya dengan sanad dan mengangkatnya kepada orang yang mengucapkannya.
As-Sayuthi dalam Tadribur Rawi fi Syarah Taqrib Nawawi 1/5
Definisi Menurut Ibn Hajar
قال شيخ الإسلام أبو الفضل بن حجر :معرفة القواعد التي يتوصل بها إلى معرفة حال الراوي والمروي
ابن حجر العسقلاني - النُّكَت على كتاب ابن الصلاح 1/255
Berkata Syaikhul Islam Abu Fadhl Ibn Hajar : Pengetahuan tentang kaidah-kaidah yang menghantarkan kepada pengetahuan tentang rawi-rawi (periwayat) dan marwi (materi yang diriwayatkan).
Ibn Hajar, An-Nukat 1/225.
الراوي
الراوي : من يروي الحديث بسنده
د. حمزة عبد الله المليباري -عُلوم الحديث في ضوء تطبيقات المحدثين النقاد1/8
Rawi adalah orang yang meriwayatkan hadits dengan sanadnya.
Dr. Hamzah Abdullah Al-Malibari, Ulumul Hadits 1/8
Sumber :
Kitab penulis “Faidah Dari Kitab-Kitab Untuk Ilmu Hadits Yang Barokah” (Kami berdoa kepada Allah agar bisa menyelesaikannya).


from:http://rumahku-indah.blogspot.com/2009/03/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_193.html
istilah penting dalam ulumul hadits
12:09 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
istilah-penting-dalam-ulumul-hadits
wasiat Saidina Umar Al Khattab r.a
11:35 AM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
http://www.iluvislam.com/
NorSaidaheditor : ar-ruhul JADEED

INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.
Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan. Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh. Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api). Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...." (^_-)
sumber:www.halaqah.net
peribadi seorang dai'e
1:39 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
oleh: Abdul Muntaqim
from:iluvislam.com

Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Al-Quran telah berulang-ulang kali memberikan peringatan dan perangsang;
“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35)
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(Luqman: 17)
Seorang da’ie itu harus mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan bermacam dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai.

Cabaran Luaran
Renungilah firman Allah S.W.T. tentang ancaman cubaan dari luar;
“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.” (Al-Israa’: 73)
Jika tiada kemantapan ilmu dan keteguhan iman di dada, pasti kita terpaling sedikit. Dan biarpun kita terpaling hanya sedikit, tetapi balasannya cukup besar.
“Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati)mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula siksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” (Al-Israa’: 74-75)
Renungilah kisah penawaran pihak kafir Quraisy kepada Rasulullah s.a.w.;Kaum Quraisy tidak akan menghalangi pekerjaan Rasul. Islam boleh hidup terus. Malah mereka akan bersedia turut bersama-sama beribadah secara Islam pula, asal orang-orang Islam mahu turut pula, memuja dewa-dewa yang mereka puja. Boleh berganti-ganti setahun ke mari, setahun ke sana .
“Dan apabila ada unsur-unsur kebaikan yang engkau bawa, maka kami akan bersama-sama dengan engkau menjalankannya; dan kami akan ambil bahagian kami daripadanya. Dan jika ada unsur-unsur kebaikan yang ada pada kami, bersama-sama pulalah engkau menjalankannya; dan engkau ambillah bahagianmu daripadanya.”
Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Berlindung aku dengan Allah, jangan sampai aku menysirikkan Dia dengan dengan lainnya.”
Kaum Quraisy pun mengurangkan isi tawaran mereka:“Kalau begitu, engkau terimalah sebahagian sahaja dari tuhan-tuhan kami, kami akan akui kebenaranmu; dan kami sembah Tuhanmu.”
Dengan cepat dan tegas Rasulullah s.a.w. memberikan jawapan dengan firman Allah S.W.T.
“Katakanlah: Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (Al-Kaafiruun: 1-6)
Dan cubaan itu akan terus datang dalam pelbagai bentuk. Kadang kala berupa siksaan dan penderitaan. Inilah hakikat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku.
Bertanya Sa’ad bin Abi Waqqas: “Di antara manusia, siapakah yang mendapat seberat-berat ujian, ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Para Nabi, kemudian orang-orang yang sama seperti mereka; lalu orang-orang yang sama dengan mereka itu pula.”

Cabaran Dalaman
Seorang da’ie itu, disebabkan oleh jiwa perjuangan dan idealisme murninya, adalah seorang yang tidak biasa dengan soal-soal mencari nafkah, seorang yang tidak dapat masuk ke dalam sistem kepegawaian yang biasa, seorang yang tidak boleh melalui birokrasi mencengkam, seorang yang tidak boleh terikat dengan apa-apa kepentingan kerana lidahnya lancar menuturkan kata-kata yang kadang-kala tajam dan pedas. Lalu timbul masalah bila masyarakat masih kurang memahami dan masih rendah taraf ekonominya; siapa yang akan membiayai kerja-kerja dakwah? Siapa yang akan membiayai kehidupan para pendakwah?Apatah lagi bila sudah berkeluarga, cabarannya semakin meningkat. Adakah hendak diutamakan kehidupan pasangan dan anak-anak? Ataupun perjuangan yang harganya adalah kehidupan sederhana dan kadang-kala melarat? Kerana itulah Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada isteri-isterinya:
“...Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi sesiapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 28-29)
Sebab itulah, seorang da’ie itu harus memastikan dua perkara:
1. membina pengaruh dan memastikan pengaruh yang diperolehi itu tetap bersih daripada unsur-unsur yang tidak sihat, dan jangan sampai penghormatan sampai ke tahap ta’sub dan memuja-muja.
2. da’ie itu sendiri jangan hanyut dalam populariti dan pengaruh yang diperolehi sehingga dia lupa daratan dan menyimpang dari tujuan dakwah yang sebenarnya.

Sumber Kekuatan
Sumber kekuatan untuk berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu seorang da’ie perlu berusaha membina hubungan yang baik dengan Allah S.W.T.
“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: ‘Ya Yuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.’'(Al-Israa’: 78-80)
Usahlah kita gentar dan gusar lagi andai kita sudah dekat dengan Allah S.W.T. kerana Allah pasti bersama kita. Sepertimana yang dibisikkan oleh Ilahi kepada kedua utusan-Nya, Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. tatkala mereka dalam kegusaran untuk berhadapan dengan Firaun yang zalim.
“...Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat.” (Thaahaa: 46)

~..wahai sahabatku..~

Kelazatan Persaudaraan

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." - Ibnu Hibban dan Al-HakimSahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut taqwa, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.InsyAllah mdh2han kta dpt mjadi shbat baik.. =)..