~...Cinta Vs Maksiat..~
3:58 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
Maaf dipinta sekiranya saya terkasar bahasa...tetapi mungkin inilah ubat ubat mereka yang sukar menjauhkan diri dari cinta manusia.....

Hasil drpd berCOUPLE:
  1. Seronok dapat fitnah orang sekeliling (baik dapat pujian orang)

  2. dapat geng dgn syaitan(kwn yg beriman kan ada..)

  3. dapat meluahkan masalah(ALLAH kan ada..)

  4. dapat menghabiskan duit untuk beli prepaid dan hadiah utk couple(lebih baik bg sdekah)

  5. selalu risau..takut awek kna kbas kat org lain..(smpai tertinggal solat,dok asyik trmenung)

  6. asyik termnung dan tersnyum sorang2...cuz tringat knangan indah ngan awek...(spatutnya igtkan mati kerna ia dtg pd bla2 msa je...)

  7. lbih utamakn awek drpd org lain hatta saudara sendiri...(ALLAH laknat tak takut pulak...)

  8. tepati masa dan janji..yela,tkut awek marah@ benci pulak...(tinggal solat tak takut pulak)

Berdasarkan pngalamn dan kjian sy,antra sbab2 yg mnjd PENDORONG cinta ialah:



  1. Sekolah/pusat pengajian yang mncmpurkn plajar lelaki dgn perempuan..maka bila dah bertentangan mata..mulalah..jauhilah sesuatu tmpat yg mncmpurkan lelaki dgn prempuan..

  2. Kerana kwn2 kta couple,kta pun nk couple jgk...knapa kta tgk org yg beriman,kta tak rasa pun nk jd org beriman....???

  3. Krn mnganggap prsaan cnta adlah fitrah mnusia...tapi knapa kta tak fikir bgaimana orang lain boleh bersabar dgn fitrah cinta itu....kalau mngatakan ianya fitrah,gunalah pda tmpat yg halal...kahwin jela...

  4. Semakin rmai perempuan yg tak tutup aurat...kalu tutup aurat pun,yg lainnya tak dijaga....percakapan,perbuatan..sampai boleh main cubit2 dengan lelaki pulak tu...tak cayer cuba pgi tgk kt KL...

  5. Kerana rsa bangga kalau couple.klau xcouple,rs hati tu kosong je....bla dh couple,blhla tnjuk kt kwn2..mnusia ni EGO tak bertempat...(knapa kta tak nak bangga kalau dpt jd seorg yg beriman pd ALLAH??yang mnjdikn ALLAH adalah cintanya...)

  6. Perempuan ni cpat sgt kesian bila ada lelaki yg suka bersusah pyh tolong dia...buat assignment,bg nota,share kredit,atau apa2 jelah...pastu bila lelaki tu bagi ayat je,perempuan ni trus cair...(kenapa kita ingin mnjual maruah diri kita dgan terlalu murah???apakah kta tidak ad hrga diri?????)

~...mutiara kata...~
3:16 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
"Berkata Imam Hassan Al Basri:
Barangsiapa Yang Tiada Beradab,Tiadalah Ilmunya
Barangsiapa Yang Tidak Sabar,Tiadalah Agamanya
Barangsiapa Yang Tidak Wara',Tiadalah DarjatnyaDisisi ALLAH....

"Berkta Imam Hassan Asy Sazali,Sebab Dari Kerisauan Hati Itu Salah Satu Dari Tiga Perkra:
Kerana Dosa
Kerana Kehilangan Dunia(Harta,Pangkat dan Wanita)
Kerana Dihina Orang

"Baik Pergaulan Sesama Manusia Itu Separuh Dari Akal"(Sayidina Umar)

"Berkata Nabi Daud:
Telah Diwahyukan Dalam Kitab Zabur,Wajib Keatas Orang Yang Berakal Itu Berusaha Terhadap Tiga Perkara:
Beramal Utk Kemudian Hari
Berpada Terhadap Kehidupan
Mencari Kelazatan Dari Yang Halal

"Berfikir Itu Sebagai Pelita Hati Maka Bila Ia Padam Maka Tidak Ada Penerangan Baginya.
(aL-Hikam)

"Sabda Rasulullah S.A.W.:
Berfikir Satu Saat Itu Baik Dari Ibadah Setahun

"Berkata Khotim Al-hasyim:
Orang Muda Tidak Tahu Betapa Berharganya Waktu Muda Melainkan Orang Tua
Orang Yang Aman Itu Tidak Tahu Betapa Berharganya Keamanan Melainkan Orang
Yang Ditimpa Bala
Orang Yang Sihat Tidak Tahu Berharganya Kesihatan MElainkan Orang Yang Sakit
Orang Yang Hidup Tidak Tahu Betapa Berharganya Kehidupan Melainkan Orang
Yang Mati

"Masa Itu Ibarat Pedang,Kalau Kamu Tidak Memotongnya Nescaya Ia Akan Mmotong Leher Kamu"(Pepatah Arab)

"Jangan Menunda Sampai Besok,Apa Yang Engkau Dapat Kerjakan Pada Hari Ini.
Waktu Sangat Berharga,Maka Jangan Engkau Habiskan KEcuali Untuk Sesuatu yang Berharga"
(AL-Hikam)

"Manusia Yang Paling Bahagia Adalah Orang Yang Dapat Menunaikan Tanggungjawabnya"
(Sayidina Ali Krwjh)

"Wahai Anakku!Manusia Dibahagikan Kepada 3 Pecahan:
Satu Pertiga Bahagian Utk ALLAH.APa Yang Untuk ALLAH Itu Adalah Rohnya
Satu Pertiga B ahagian Adalah Untuk DIrinya.APa YAng Untuk Dirinya Adalah
Amalnya
Satu Pertiga Bahagian Adalh Untuk Ulat2.Apa YAng Untuk Ulat2 Adalah Jasadnya..
(Luqmanul Hakim)

"Perbaikilah Tiga Perkara Dengan Tiga Perkara Agar Kamu Termasuk Dalam Golongan Beriman:
Sombong Dengan Tawadhuk
Bakhil Dengan Qana'ah
Hasad Dengan Nasihat
(Malik Bin Dinar)

Berkata Setengah Hukama:"Ada Empat Perkara Yang Baik Tapi Empat Perkara Yang Lain Itu Lebih Baik:
Malu Bagi Lelaki Itu Lebih Baik Tetapi Malu Bagi Wanita Itu Lebih Terbaik
Adil Bagi Setiap Orang Itu Baik Tetapi Adil Bagi Pemimpin Itu Terlebih Baik
Taubat Orang Tua Itu Baik Tetapi Taubat Orang Muda Itu Terlebih Baik
Pemurah Bagi Orang Kaya Itu Baik Tetapi Pemurah Bagi Orang Miskin Itu Lebih
Baik

"Simpulan Hadis Menyatakan:
Ibu Segala Ubat Itu Ialah Mengurangkan Makan
Ibu Segala Adab Itu Ialah Mengurangkan Cakap
Ibu Segala Ibadah Itu Ialah Mengurangkan Dosa
Ibu Segala Cita2 Itu Ialah Sabar

"Susah Sekali Melakukan Kenaikan Pada Empat Tempat:
Memberi Manfaat Ketika Marah
Menderma Ketika Kesempitan
Menjauhi Perkara Haram Ketika Seorang Diri
(Sayidina ALI Krwjh)

"Janganlah Engkau Berteman Dengan Seseorang Yang Sekiranya Persahabatan Itu Tidak Dapat Menolongmu Selepas Mati Kelak"
(Malik Bin Dinar)
Rasulullah sebagai teladan....
1:25 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~




  1. kalau ada pakaian yg koyak,Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluargs maupun tuk dijual.

  2. setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada maknan yg sdah siap dimsk utk dimkn,smbil trsnyum baginda menyinsing lengan bajunya utk mmbntu isterinya di dpur.Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah,Baginda selalu membatu urusan rumahtangga.

  3. jika mndengar azan,baginda cpat2 brangkat ke masjid,dan cepat2 pula kembali ssudah selesai solat"

  4. pernah baginda pulang pada waktu pgi.tntulah baginda amat lapar waktu itu.tetapi dilihatnya tiada apa pun yg ada utk sarapan.yang mentah pun tiadak adakrn Sayidatina 'Aisyah blum ke psar.Maka bginda bertnya,"Belum ada srapan ya Khumaira?"(Khumaira adlah pggilan msra utk Saidatina 'Aisyah yg brerti 'Wahai yg kmerah-mrahan)Aisyah mnjwb dgn agk srba slah,"blum ada apa2 ya Rasulullah."Rasulullah lntas brkata,"jika bgitu,ak brpuasa sja hari ini."tnpa sdikit trgmbar rs kesal di wjahnya.

  5. sebaliknya baginda amat mrah tatkala mlihatseorg suami mmukul isterinya.Rasulullah mnegur,"Mngapa engkau mmukul isterimu?"Lantas soalan itu djwb dgn agk gmentar,"Isteriku sgt kras kepala.Sudah dbri nsihat dia tetap degil,jd ak pkul dia.""ak tdak bertanya alsanmu,"sahut Nabi S.A.W."ak mnanyakn mgapa engkau mmukul tman tdurmu dan ibu kpd ank2 mu?"

  6. prnah bginda bersbda,"Sebaik2 lelaki adlh yg pling baik dan lmah lembut trhdap isterinya."Prihatin,sabar dan tawadhu'nya bginda dlm mnjd ktua kluarga lngsung tdak sdikit pun mnjejaskn kduduknnya sbgai pmimpin umat

  7. Baginda prnah tnpa rs canggung sdikitpn mkn disblah seorg tua yg pnuh kudis,mskin dan kotor.Hanya daim dan brsbar bila kain riad'nya drentap dgn kasar oleh seorg Arab Badwi hngga brbekas merah di lehernya.dan dgn pnuh rs kehambaan bginda mmbasuh tmpat yg dkncing oleh si Badwi di dlm msjd sblm mnegur dgn pnuh lmbut perbuatan itu.kecintaannya yg tnggi trhdap ALLAH dan rs kehambaan yg sdah sbati dlm dri Rasulullah mnolak sma skali rs ketuanan.inilah cntoh yg perlu kta teladani.....


waALLAHua'alam........

bersyukur ap yg ad......
11:58 AM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
Mata saya tidak berkedip memandang ke wajah anak sulung kesayangan. Saya menoleh pula ke almari cermin di hadapannya. Menggeleng kepala saya seketika.

" Muka Kak Long dah putihkan Ummi, " kata Kak long melihat saya terpaku memandangnya dari tadi.

" Kenapa pakai bedak banyak sangat ni, sayang ?" saya melemparkan pertanyaan. Hairan dengan lakunya malam ini. Berbedak hingga sampai ke baju dan seluar. Putih bertompok sana sini.

" Kak Long nak putih macam Kak Ngah, " Kak Long menjawab sambil mula menunjukkan muka masam. Belas pula saya melihatnya.

Baru saya teringat kata-kata Kak Imah yang berkunjung ke rumah siang tadi. Rupa-rupanya Kak Long terdengar perbualan kami.

" Husna lain sikit kulitnya dari Najwa ye, Ina" Kak Imah berkata memandang ke arah anak-anak yang sedang leka bermain di halaman rumah.

" Seorang ikut ayah, seorang ikut Umminya, " saya menjawab dengan senyum kelat. Bimbang Kak Long mendengar. Pasti dia terasa hati nanti. Sensitif sungguh dia bila orang menyebut warna kulitnya.

WANITA DAN WARNA KULIT......

Betapa dunia hari ini. Seorang anak kecil juga sudah tahu menilai kecantikan rupa. Baginya putih itu cantik pada pandangan mata. Fikiran yang dicorak oleh penilaian manusia dewasa kaum wanita terutamanya. Semakin putih, semakin banyak mata yang menoleh.

Ironinya, di luar negara khususnya di UK ini, ramai wanita terutama golongan remaja kulit putih yang baru menginjak dewasa berfikiran sebaliknya. Bagi mereka, berkulit gelap dan hitam lebih seksi dan memikat hati. Justeru mereka berlumba-lumba melakukan rawatan wajah dan seluruh tubuh yang dinamakan ‘sunbed' untuk menukar warna kulit dari putih ke warna coklat dan agak gelap. Dilaporkan, lebih dari 25% remaja dan golongan muda di UK menunjukkan gejala obses terhadap rawatan berisiko ini.

Saya pernah menonton satu rancangan bualbicara, Trisha Goddard Show yang banyak mengenengahkan masalah masyarakat termasuk remaja yang terlalu obses dengan kecantikan diri. Remaja jemputannya pada rancangan tersebut membelanjakan hampir GBP2000 sebulan hanya untuk rawatan kulit dan tubuh badan. Jumlah ini termasuk kos melakukan rawatan ‘sunbed' di atas. Baginya, rawatan tersebut menjadikannya kelihatan lebih menarik, lebih sihat dan seterusnya akan mendapat ketenangan diri.

Saya bimbang dan kasihan melihat wanita-wanita yang terlalu mementingkan kecantikan rupa seperti ini. Bimbang kerana jika mereka seorang selebriti, pengaruh yang dibawa bukan sedikit impaknya. Ramai wanita kini menjadikan artis dan selebriti sebagai idola dalam menentukan gaya dan penampilan mereka. Kasihan, lantaran kecantikan yang mereka tonjolkan adalah cantik palsu yang hanya membawa kepada kemurkaan Allah SWT.

Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit' ingin sentiasa cantik ini, apa yang telah dimiliki bagaikan tidak mencukupi dan ada sahaja yang tidak kena dengan kemahuan jiwa. Mereka kurang yakin dengan penampilan biasa-biasa. Oleh kerana itu, ramai di kalangan mereka berlumba-lumba melakukan rawatan mencantikkan tubuh dan rupa. Cuma bezanya, yang putih ingin lebih gelap dan gelap pula mengimpikan kulit putih menawan. Cetusan keinginan yang sama walau berlainan warna dan rupa.

SYUKURI KESEMPURNAAN

" Eee..tengok muka orang tu Ummi, sebelah mukanya tak ada" Kak Ngah tiba-tiba menjerit. Mungkin terkejut dengan gambar yang dilihatnya di kaca televisyen. Saya dan suami saling berbalas pandang. Kak Long yang asyik menggunakan komputer juga menerpa ke ruang depan mendengar jeritan Kak Ngah.

Ketika itu kami sedang menonton rancangan bercorak dokumentari, The extraordinary People yang memaparkan wajah dan rupa tubuh manusia yang luarbiasa dari yang biasa wujud di dunia ini. Dan kali ini, wajah lelaki di hadapan kami rongak sebelah dengan mata kanan yang lebih kecil, tanpa hidung dan mulut yang rebeh sebahagian besarnya. Wajahnya memang cukup menggerunkan bagi anak kecil yang melihat.

Lelaki itu berasal dari kawasan pedalaman negara China. Kedudukan kampung halamannya yang jauh terpencil menyebabkan dia hidup beberapa tahun dengan wajah yang rosak teruk selepas diserang seekor beruang hutan. Dia kemudiannya dibawa ke hospital di tengah kotaraya untuk menerima rawatan membaikpulih wajah dengan kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital. Saya, suami dan anak-anak melihat dengan rasa penuh keinsafan.

"Sebab itu kita yang ada wajah yang sempurna ini perlu selalu bersyukur. Allah mencipta manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi. Semua sama sahaja. Ada mata, hidung, mulut, telinga dan anggota lainnya. Jadi kena selalu ucap Alhamdulillah," kata suami saya menasihatkan anak-anak sebaik selesai menonton.

" Tak boleh banyak komen tentang warna kulit lagi, " saya mencelah dengan nada bergurau. Mata saya memandang Kak Long yang hanya tersengih malu.

" Kulit Kak Long putih juga sebab Kak Long ikut Ummi. Cuba Kak Long tengok, samakan ?" saya menambah lalu memegang tangannya di atas tangan saya. Kami berdua memang memiliki warna kulit yang sama. Bibir Kak Long mula mengorak senyum biasa.

" Tapi kulit Kak Ngah, Khalil, Solehah dan ayah lebih putih dari kita, " bidas Kak Long masih belum puas hati.

" Putih lebih sikit je. Tapi muka Kak Long muka ayah, tahu tak. Kak ngah pula lebih hampir dengan muka Ummi. Itu tandanya baik Kak Long mahu pun Kak Ngah, kedua-duanya anak-anak Ummi dan ayah yang tiada bezanya," kata saya lagi sambil menjeling manja kepada suami. Kak Long dan Kak Ngah ketawa kecil mendengar celoteh Ummi mereka.

MENGUBAH CIPTAAN

Tiada yang kurang dari ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Tinggal lagi manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan segala kurniaannya. Selagi belum menutup mata, selama itulah nafsu sentiasa meniupkan keinginan untuk meraih perhatian manusia. Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit hati' seumpama ini, merasakan kulit yang mulus, masih belum mampu membahagiakan kerana warnanya yang tidak seputih salju. Lalu ribuan ringgit dibelanjakan. Berbagai rawatan kecantikan dicuba tanpa mengira halal dan haram menurut syari'at agama. Semua itu dilakukan hanya untuk mencapai impian memiliki warna kulit idaman hati agar lebih menawan pada pandangan manusia lainnya. Seolah-olah kejadian Allah menjadikan warna kulit yang gelap tidak tepat dan sangat hodoh pada pandangan mata.

Soal mengubah warna kulit bukan soal ranting yang boleh dikesampingkan dari diperkatakan oleh golongan agamawan. Ini kerana ia melibatkan persoalan akidah, lantaran kejahilan diri. Allah SWT menghebahkan tipudaya syaitan menerusi kalamNya yang bermaksud :

Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan, ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-hamba- Mu, bahagian yang sudah ditentukan (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka benar-benar memotong telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya.' Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (an-Nisa': ayat 117 - 119)

Walaubagaimanapun, perlu difahami bahawa Islam mengharuskan rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya seperti menggunakan ubat-ubatan untuk membuang jeragat atau jerawat yang merosakkan kulit wajah dan seumpamanya dan bukan dengan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit.

BERSYUKUR APA YANG ADA

Tidak ada yang kekal, urusan dunia yang sementara. Bersyukurlah!Sememangnya wanita sangat teruji dengan warna kulit kurniaan Ilahi. Hanya mereka yang bersyukur sahaja mampu menerima dengan senang hati. Justeru, hati dan minda perlu sentiasa disuburkan dengan sifat redha terhadap apa-apa yang dimiliki hari ini. Gembira terpancar indah menyerikan seri rupa, tanda seseorang itu mensyukuri segala nikmat yang diterimanya. Kesyukuran yang akan lebih melorongkannya untuk terus beribadah, mengabdikan diri sebagai hamba yang Esa. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih. (Ibrahim : ayat 7)Akhirnya, bersyukurlah dengan kesyukuran yang bukan sekadar terlafaz oleh lisan, tetapi hidupkan syukur dengan meningkatkan rasa yakin, prasangka baik dan rasa terima kasih yang tidak berpenghujung kepada Allah. Sedarilah, sesungguhnya DIA telah, sedang dan selalu memberi lebih banyak dari apa yang telah dan mampu kita berikan kepada Nya.Dan Dia (Allah) Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim lagi sangat mengingkari (kufur nikmat).
(Ibrahim: ayat 34)

Benarlah..benarlah..Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


* Penulis berdakwah melalui blog www.ummuhusna99.blogspot.com

~..wahai sahabatku..~

Kelazatan Persaudaraan

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." - Ibnu Hibban dan Al-HakimSahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut taqwa, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.InsyAllah mdh2han kta dpt mjadi shbat baik.. =)..