jom kjar phala sms kwn tidoq!!!
11:53 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~
Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:


خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua: Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:


من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima: Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق.”

“Tidur subuh menegah rezeki.."
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh: Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh: Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas: Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Ke dua belas: Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

*Artikel asal : disini
panduan mngkhusyukkan sembahyang
5:34 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~

http://www.iluvislam.com/



1.Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran

2.Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud

3.Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita

4.Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang

5.Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin

6.Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang

7.Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih

8.Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

9.Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir

10.Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

11.Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat

12.Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu

13.Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

14.Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya

15.Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih













* Dipetik dari blog abraxas248

13 aurat wanita....
7:04 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~




1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah. <> <> Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Wasallam.


BIRO AGAMA & KEBAJIKAN KELAB REKREASI TOURISM MALAYSIA
sumayyah dua kali terselamat
1:40 PM | Author: ~..N4zR4tuL SH4H!R4..~

Susunan ZUARIDA MOHYIN
MENGAPA saya wujud di dunia ini dan untuk tujuan apa kita dihidupkan? Dua persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikiran wanita yang berasal dari Queens, New York, Amerika Syarikat, Jennifer Sumayah Fayed sebelum beliau mengalami beberapa insiden yang beliau anggap itu adalah petanda dan hidayah daripada Allah SWT.Akui pemegang ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran dan kini beliau merupakan ahli kepada Perikatan Penulis-Penulis Muslimah, persoalan di atas mula timbul pada musim panas 2001.Pada ketika itu beliau sudah tiga tahun berkahwin tetapi rumah tangga yang dibina ibarat retak menanti belah. Apa tidaknya, suaminya tidak seperti suami orang lain yang melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa sebaik mungkin. Tambah membebankan fikiran dan perasaan Sumayah apabila mengetahui dirinya mengandung anak ketiga. Sejak itu, Sumayah mula berfikir-fikir tujuan dia hidup di atas muka bumi ini. Sungguhpun dia bangga dengan status sebagai isteri, ibu dan anak tetapi tentunya ada sebab yang lebih munasabah selain semata-mata melaksanakan peranan di atas. Dalam situasi emosinya yang kian tertekan, ia diburukkan lagi apabila keluarga kandungnya berpindah ke Republik Dominican. Ia menyebabkan Sumayah rasa dirinya terpinggir dan hampir putus asa. Baginya, keluarga adalah sumber inspirasi dan kekuatan semangat dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar itu.Pagi itu, lenanya terganggu dek panggilan telefon daripada ibu mentua yang berkali-kali mengulangi perkataan ada kemalangan kapal terbang di bandaraya Manhattan. Rupa-rupanya berlaku pelanggaran dua buah kapal terbang di Pusat Dagangan Dunia New York yang mengejutkan seluruh dunia.Bernasib baikSumayah adalah antara insan yang benar bernasib baik kerana dia baru semalam berada di bangunan tersebut. Selepas serangan 11 September, Sumayah mengambil keputusan terbang ke Republik Dominican dengan niat menziarahi ibu bapanya. Pada masa itu kandungannya baru berusia sebulan. Dirinya berbadan dua hanya diketahui ibu mentua, suami dan dirinya. Dengan menaiki pesawat 587, ia adalah penerbangan pertamanya selepas tragedi serangan WTC. Saat itu fikiran Sumayah hanya tertumpu kepada kandungan yang hidup dan semakin membesar. Ia adalah sesuatu yang tidak dirancang dan sebenarnya jauh di sudut hati Sumayah, dia tidak mahu meneruskan kehamilan itu. Bagaimana hendak menyara tiga mulut sedangkan untuk menyara dua anak pun Sumayah tidak mampu.Oleh kerana terlalu berat dirasakan beban yang perlu dipikul itu waima untuk memberitahu kepada keluarga, Sumayah mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungannya. Itulah cara yang paling mudah baginya menyelesaikan masalah yang dihadapi walaupun agamanya menganggap ia sesuatu yang berdosa dan taboo.Sumayah kembali ke New York dan terus menghubungi perancang keluarga untuk membuat janji temu bagi melakukan pengguguran. Dia kecewa diberitahu, kaedah pengambil pil tidak boleh dilakukan kerana usia kandungannya sudah membesar. Jadi mereka menyarankan agar dia melakukan proses pengguguran kandungan. Timbul rasa bersalah di benak. Timbul pelbagai konflik pada diri Sumayah. Adalah betul tindakan yang diambil itu? Bagaimana hak untuk hidup bayi yang tidak berdosa itu? Semua itu berputar-putar di fikirannya.Memohon kepada-NyaAkhirnya, dia mengambil keputusan berdoa dan memohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk. Itulah usaha terakhirnya. Lantas terus berbicara terus kepada Allah seperti berbual dengan seorang sahabat. Dia tidak ke gereja atau ke bilik pengakuan yang tersedia di gereja.Selepas menyerahkan semuanya kepada Tuhan, Sumayah meneruskan hari-hari mendatang dengan tabah dan berkeyakinan bahawa Tuhannya itu akan lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya itu.Serangan 11 September, menurut Sumayah menyebabkan masyarakat Islam di New York mengalami tekanan hebat. Mereka dituduh sebagai pengganas dan pelbagai layanan buruk, kata keji dan pemboikotan dilakukan penduduk tempatan ke atas umat Islam ketika itu.Ada juga terdetik perasaan belas dan kasihan kerana beranggapan mereka itu adalah mangsa keadaan dan mereka sebenarnya tidak bersalah. Sungguhpun demikian, hakikatnya ada hikmah di sebalik keperitan dan tohmahan negatif itu.Selang beberapa hari, sekali lagi Sumayah dikejutkan. Kali ini berita tentang satu kemalangan kapal terbang dari tanah kelahirannya ke Republik Dominican. Tambah memeranjatkan, ia adalah pesawat 587 yang dinaikinya seminggu yang lalu sewaktu menziarahi ibu bapanya.Sesungguhnya dua kejadian di atas bukannya kebetulan tetapi ia mesej nyata daripada Allah. Apatah lagi ia berlaku kurang sebulan. Seminggu kemudian, Sumayah mengalami masalah pendarahan dan akhirnya janin yang masuk bulan kedua itu tidak dapat diselamatkan lagi.Biarpun, dia ada mendaftar untuk proses pengguguran, namun keguguran yang dialami sehari sebelum tarikh 15 Oktober 2001 yang diberikan oleh perancang kekeluargaan itu tidak dirai dengan rasa lega.Namun, mengambil sikap positif daripada apa yang dialami serta berkeyakinan apa yang berlaku ke atasnya itu adalah natijah daripada doanya kepada Allah.Dengan tidak menoleh ke belakang lagi dan beralasan, Sumayah bertekad menyambung pengajian dan memohon perceraian daripada suaminya yang terang-terangan tidak mahu bekerja dan menjadi bapa yang bertanggungjawab.Bertemu pelajar IslamBerada di kolej, Sumayah mula bertemu dengan beberapa pelajar Muslim. Dia tidak sabar bertanya apa sahaja berkaitan agama mereka. Sebenarnya, persoalan ini timbul rentetan daripada insiden 11 September lalu. Soalan pertama yang ditanya Sumayah ialah mengapa dia bertudung kepala? Apa agama kepercayaan awak? Siapakah itu Nabi Muhammad yang selalu mereka sebut-sebutkan? Sayangnya ada antara soalan itu yang dijawab tetapi banyak juga yang tidak jelas. Oleh kerana itu, Sumayah terpaksa beralih kepada sumber pencarian lain iaitu Internet, kaedah paling cepat dan mudah untuk mendapatkan penyelesaian. Di situlah beliau tahu tentang Islam. Malah barulah Sumayah tahu bahawa Allah bukan sahaja mengutuskan Nabi Isa sebagai pesuruh Allah tetapi ada nabi selepas itu iaitu Nabi Muhammad, sebagai penutup segala nabi dan rasul. Malah selepas mentelaah tentang ajaran Islam, barulah persoalan yang telah terpendam sekian lama terjawab. Malah ia dijelaskan secara terperinci dan terang. Sejak itu, Sumayah membuat keputusan untuk melakukan lebih banyak penyelidikan terutamanya tentang Nabi Muhammad SAW. Sumayah terkejut dengan apa yang ditemui iaitu bahawa Muhammad itu sebenarnya insan biasa dan sesungguhnya keseluruhan sirah kehidupannya telah tercatat dalam kitab al-Quran. Tanpa banyak soal, Sumayah mengakui bahawa agama kepercayaan yang selama ini dicari sudah ditemui dan ia adalah agama Islam. Sumayah menghadiri solat sunat tarawih yang pertama ialah pada musim gugur 2002. Suasana dalam masjid penuh sesak dengan manusia yang berbeza warna kulit dan bangsa. Senario yang jauh berbeza dengan agamanya sebelum ini. Mereka tidak lekang dengan ucapan salam sebaik bertemu sesama mereka. "Agak kekok juga untuk solat berjemaah namun seorang teman menyarankan kepada saya agar ikut sahaja atau tiru bulat-bulat apa yang mereka lakukan."Saya seronok melaksanakannya. Saya takjub bila mengetahui bahawa umat Islam bersolat dengan mengadap satu kiblat iaitu Kaabah yang terletak di Mekah, Arab Saudi serta waktu dan jumlah solat yang serupa walau dari mana mereka berada di muka bumi ini.Mula bertudung"Sebagai tanda menghormati masyarakat Islam, saya mengenakan tudung kepala sejak itu. Alhamdulillah, timbul rasa selesa walaupun ia pengalaman pertama memakainya. "Saya juga dapati, dengan menutup sebahagian badan, ada semacam rasa selamat. Ini kerana kaum Adam melayan saya dengan penuh beradab sopan dan tidak terarah kepada kita sebagai objek seksual. Saya akhirnya bersumpah untuk terus memakai tudung walaupun pada masa itu saya masih belum Islam."Malah saya mula belajar berpuasa. Selepas beberapa ketika, saya mula memikirkan bagaimana untuk saya memberitahu hal sebenar penampilan diri bertudung serta berhasrat untuk memeluk Islam kepada keluarga. "Sudah pastinya mereka menentang keras terutamanya, ibu," cerita Sumayah yang telah berterus terang kepada adik perempuan, Catherine yang lima tahun lebih muda daripadanya."Walau apa juga agama anda, saya tetap sayangkan anda sebagai kakak," jawapan daripada mulut adiknya itu bagai tidak dipercayai Sumayah. Sumayah memberanikan diri berdepan dengan ibu bapanya. Di pihak bapanya tidak ada banyak masalah tetapi ibunya seperti tidak percaya dengan berita yang sampai di telinganya itu. Ibu berkeras menjelaskan bahawa dia telah memilih jalan yang salah dan agama Islam bukanlah agama yang sebenar dan perkara yang paling menganggu ibu ialah pemakaian tudung oleh Sumayah.Dua minggu kemudian, barulah ibu dapat menerima keputusan Sumayah tetapi dengan perasaan yang agak berat. Minggu berikutnya, Sumayah sah bergelar Muslim dengan disaksikan saudara sesama Islam dari pelbagai bangsa.

~..wahai sahabatku..~

Kelazatan Persaudaraan

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." - Ibnu Hibban dan Al-HakimSahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut taqwa, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.InsyAllah mdh2han kta dpt mjadi shbat baik.. =)..